Assalamualaikum

Apapun Bentuk Kehidupan yang Anda Hadapi...
Berikan Diri Anda yang Terbaik Setiap Hari...

Friday, August 5, 2011

Menghargai jasa ibu bapa :)

Zaman sekolah yang pasti dirindui...
hehe...ni karangan yang saya pernah buat waktu sekolah menengah duluuu...(uihh..macam lama la pula, padahal macam baru semalam saya pergi sekolah..)
Subjek : Bahasa Melayu
Arahan : Sediakan teks ceramah anda selengkapnya...
Tajuk :Seperti di atas :)

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang berusaha ketua kampung Inanam, Encik Malik Nor, Yang dihormati penduduk-penduduk kampung Inanam serta anak-anak pelajar yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat sejahtera saya ucapkan.

Saya, wakil dari Rumah Warga Tua St.Prichard berasa sangat bertuah kerana dijemput untuk menyampaikan ceramah di kampung ini sempena sambutan Hari Keluarga yang bertajuk "Menghargai Jasa Ibu Bapa".

Tuan-tuan dan puan-puan,
Apabila menyebut tentang jasa ibu dan bapa pasti terbayang-bayang di ruang legar fikiran kita tentang pengorbanan mereka terhadap kita. Sememangnya jasa mereka amat besar dan tidak mampu ditandingi oleh segunung emas mahupun berlian. Hal yang sedemikian, kita sebagai anak harus membalas jasa dan budi mereka. Namun apa yang berlaku sekarang? Semuanya jelas terpampang di skrin televisyen kita apabila iklan mengenai warga tua disiarkan. Iklan itu menceritakan realiti kehidupan ibubapa setelah anak-anak dewasa dan hidup berkeluarga. Ibu bapa mereka yang telah tua itu dihantar ke rumah warga tua. Anak-anak yang menjaga ibu bapa mereka pula, tidak melayan ibu bapa yang telah uzur dengan baik malah membiarkan ibu bapa yang telah tua dan uzur itu makan di meja lain. Perkara yang paling teruk, mereka diberi makan di tempat yang sama dengan kucing. Hina sangatkah ibu bapa mereka itu?

Selain itu, ada anak-anak yang menganggap ibu bapa mereka umpama Quran Buruk yang mahu dibuang tetapi serba salah, mahu disimpan tapi tidak berguna. Lupakah mereka dari mana mereka datang. Sesungguhnya ibu bapalah yang melahirkan kita ke dunia. Setelah kita lahir, kita diasuh dengan sempurna, kita dijaga dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Sampaikan pada satu ketika ibu bapa sanggup berjaga malam semata-mata kerana ingin menjaga kita sewaktu kita sakit.

Hadirin sekalian,
Pernahkah anda semua melihat ibu kucing yang menjaga anak-anaknya? Betapa kasihnya ibu kucing itu pada anak-anaknya.. Sesungguhnya kasih ibu itu membawa ke syurga dan kasih ayah pula tiada sempadan. Ibu bapa mencurahkan kasih sayang mereka kepada kita dan kasihnya mereka terhadap kita tidak pernah pudar malah semakin hari semakin mekar seperti bunga-bunga yang tumbuh di dalam taman. Buktinya, mereka sanggup memenuhi segala karenah kita yang sememangnya pada ketika itu mempunyai sikap ingin tahu, ingin merasa dan ingin memiliki sesuatu benda.

Ibu bapa juga sanggup bekerja keras, membanting tulang memerah keringat untuk memberi nafkah dan memenuhi keperluan kita. Apabila kita melangkah ke alam persekolahan,  cabaran kepada ibu bapa semakin tinggi. Mereka terpaksa bekerja lebih keras lagi kerana ingin membayar yuran sekolah. Oleh itu, kita sebagai anak terutamanya yang masih belajar, haruslah belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa mereka.

Selain itu juga, ibu bapa megajarkan kita tentang adab sopan, moral dan agama sesuai dengan kata-kata yang ada menyatakan "kesopanan dan kesantunan adalah warisan orang Melayu". Ibu bapa juga memberi perlindungan kepada kita. Buktinya, apabila kita menghadapi masalah, ibu bapalah orang pertama yang akan tampil ke depan untuk memberi perlindungan dan sokongan kepada kita. Kasih ibu bapa terhadap anak memang tidak disangsikan lagi, sedangkan ibu harimau boleh menjadi ganas apabila anaknya disakiti, inikan pula ibu bapa kita yang secara fitrahnya menyayangi kita. Sememangnya, kasih sayang, jasa, bakti dan cinta mereka terhadap kita tiada bandingan.

Para Penduduk yang budiman,
Secara keseluruhannya, ibu dan bapa adalah asas dalam sebuah keluarga. Tanpa mereka, siapalah kita. Kita sebagai anak tidak sepatutnya bersikap seperti kacang lupakan kulit. Kita patut membalas dan menghargai jasa ibu bapa kita. Jangan biarkan kata-kata "ibu bapa mampu menjaga ramai anak, tetapi belum tentu anak yang ramai mampu menjaga ibu bapa" menjadi satu tradisi, satu budaya dan satu amalan masyarakat kita. Marilah kita semua hargai ibu bapa kita kerana setiap manusia di dunia ini cuma ada satu ibu bapa sahaja, sekiranya ia hilang, tidak akan wujud penggantinya.

Sekian, terima kasih.




Komen cikgu saya : terlalu panjang bahagian kesimpulan tu...sila ringkaskan!

Hurmmm...mungkin saya terlalu 'menjiwai' soalan ni...jadi saya tulis bersungguh-sungguh. Kalau boleh saya mau tambah lagi...tapi...dah lebih patah perkataan la.
Tapi bila baca balik....haiyy..macam pelik ja teks ceramah saya ni..huhu...
Agak2nya..kalau saya berceramah betul2 depan penduduk kampung...boleh sampai ka mesej tu? hoho~
No One KnoWs...eXcept God ~

Me<---Biarla saya buat salah...sebab saya rasa saya dah buat yang terbaek...hehe!

Lebih Baik Mencuba... daripada Tidak Mencuba Langsung,Jangan Asyik Mengkritik jaaa ><



3 comments:

  1. Saya rasa karangan awak sepatutnya bertajuk jasa ibu bapa terhadap kita sebab kalau menghargai jasa tu macam tak kena sebab tak ada cara untuk menghargai jasa pun. Itu dari pandangan saya la.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa karangan awak dah ok! Cuma lari tajuk je! Dalam karangan awak tak ada lansung cara-cara untuk menghargai jasa ibubapa! :) Maaf kalau teguran saya membuat awak marah!

    ReplyDelete
  3. 🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🏗🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🏗🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🏗🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🏗🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🏗🕋🕋🏗🕋🏗🕋🏗🕋🕋🕋🕋🕋🕌🕋🕌🕌🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🏗🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕌🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕌🕋🕌🕋🕋🕋🕌🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋●●●●●●○○○

    ReplyDelete