Assalamualaikum

Apapun Bentuk Kehidupan yang Anda Hadapi...
Berikan Diri Anda yang Terbaik Setiap Hari...

Saturday, August 13, 2011

KEM REMAJA PROFESIONAL 2011

Pada suatu hari....saya log in masuk fb. Aik??ada mesej...chek..ouhhh...teman2 seperjuangan di SEMAI merancang untuk buat program di sekolah yang kini dikenali sebagai..TUNAS :)


Waa...SEMAI sudah berTUNAS...baguslaa ><~
Zaman kami dulu..baru disemai, sekarang sudah berTunas..demikianlah kata2 yang saya dengar daripada Puan Pengetua masa saya ambik sijil SPM. hehe..


Tarikh yang dirancang telah tiba..tanggal 15hb Julai jadi saksi...cewahh..ayat..heheh 
15hb bersamaan hari Jumaat, kami semua berkumpul di SMKA Tun Ahmad Shah (TUNAS)...entah betul ka tidak ejaan tuu...hee


Kem Remaja ni disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. waa..seperti biasa tidak kira putera atau puteri..semuanya comel2. Maka terimbaslah kembali kenangan waktu saya bersekolah di sini dulu. Tetiba hati diserang rindu pula..haiyyyy...


Walaupun sikit ja teman2 seangkatan saya yang dapat join program ni..(sebab terikat dengan komitmen lain)
tapi...Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. :) (tahniah sahabat2 ku~)


Waktu makan (nyumiiii..part paling saya suka ^^,) kami makan berjemaah di dewan makan. Waa...sudah lama saya tidak makan di tray..haha, rasa terharu bila tengOk tray tu. Yalaa..itulah tray tempat saya makan dari umur 13 tahun..sampailah..17 tahun.. huuhuuu...


Bila masa mandi...waaa....kenangan tambah menyerang kotak fikiran saya yang hampir berkarat ni...
apa tidaknya...kolah di depan mata. ha..haaa...teringat masa tingkatan 4. Semangatnya saya cuci kolah tu, tetibaa...aiyOooo...saya jatuh. Terhantuk lagi tuu..nasib baiklah tak hilang ingatan..:p


Adess...ni sesi mengimbas kenangan lalu ka cerita Kem Remaja? Hahaa...tersasul tangan ni menaip..


Malam pertama...(aik...stop! ni bukan seperti yang anda bayangkan...ni malam 1st kami berprogram)
Semua fasilitator dan AJK berkumpul di bilik UBK. Dalam erti kata lain, meeting la...
Meeting dimulakan dengan sesi ta'aruf, diminta bagitau nama, batch dan IPT... Alhamdulillah, semuanya berjaya menempatkan diri di IPT..tidak terkecuali saya..hee~
Haa...ada satu dialog yang saya tidak dapat lupa di sini...
"Ko tidak makan ka? Muka ko..besar ko, tinggi ko masih macam dulu juga..langsung tidak berubah ni.."
Terkedu saya dengar kata2 tu. heheh (senyum malu)...
Muka, Tinggi dan Besar saya "tidak berubah?"
Waaa....biar betul...haha..maksudnya, kalau saya pegi sekolah di TUNAS semula, mesti saya diterima kan..yalaaa...sebab muka, tinggi dan besar saya masih macam dulu2 juga...;p


Kalau kawan satu batch dengan saya yang cakap..hmm, boleh terima lagi..tapi ni junior saya pula yang cakap.
"kakak..rindunya dengan kakak. Kakak masih macam dulu..langsung tidak berubah.Pipi masih chubby"

adeiii...hohoho~ pipi juga jadi mangsa...huuu


Dah tinggalkan sesi dialog tu..sekarang saya ingin bercerita tentang aktiviti kem remaja. Sesuai dengan nama kem ni..haa, pengisiannya pun banyak berkisar tentang remaja la :). Dari LDK..sampailah Ceramahnya, semua berkaitan tentang remaja. Sepanjang program tu banyak juga pengalaman berharga yang saya dapat. Malangnya, saya sempat ikut kem ni sampai hari sabtu ja. Sebab tanggal 17hb saya kena bertolak pergi Tambunan, buat program Kadazandusun di sebuah sekolah. 
Tapi..its okey..hheheeh...nanti lain kali saya join lagi ya teman2~ insyaAllah


Semoga ukhwah yang telah terjalin antara kita semua berkekalan..
buat adik2 ku yang masih bersekolah di TUNAS, janganlah derhaka pada Allah,Ibu bapa dan Guru...
Semoga berjaya menjadi Remaja yang Profesional...
Tidak kiralah dalam bidang kokurikulum..mahupun kurikulum..


Sayang Kalian Kerana Allah...





























Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan 2011

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan bernafas di bulan Ramadhan kareem ni...
Macam biasalah, bila masuk bulan suci ni, henpon tidak henti2 berbunyi..tutt..tutt..mesej masuk!

Ohh..ucapan menyatakan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..
Eh...ada lagi..kali ni siap dengan madah2 yang indah lagi...hebat!
Mesej masuk lagi...waaa...ayat dia lagi touching "Mungkin ni Ramadhan terakhir kita, jadi jalani dengan sebaiknya"..

Keesokannya, lepas sahur...ada mesej masuk..."dah sahur lah..tidur jap..ngantuk".
????????????????????
Ngantuk? Bukankah anda yang menyatakan.."Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.."
dan sekarang anda tidur???
Bukankah tidur selepas subuh itu ditegah, menghilangkan rezeki tuuu...
Oh manusia...tidak sampai 24 jam engkau mengingatkan aku yang juga manusia sepertimu..dan kini...
no komen la..

Hati diserang kehairanan...
Akal berfikir 360 darjah...
Mata berkelip2 bagaikan terkena percikan bawang merah, bawang putih
(Ops!!..madah terlebih...)

Ya...kita ni manusia biasa, walaupun syaitan, iblis dirantai dan tidak dibenarkan menggoda manusia detik ini, tapi tidak bermakna kita akan terus beribadah seperti malaikat.
kan 11 bulan kita dilatih oleh syaitan, Iblis untuk melakukan perkara2 yang merugikan kita...yang mendatangkan maksiat dan dosa...jadi sebulan ni...huuu...senang sahaja kita hanyut...sebab kita dah dilatih oleh Jurulatih yang dilaknat Allah..--->Syaitan!!!


Tapi..jangan risau...ayuh kembali pada ajarannya...
dekatkan diri pada ALLAH...kunjungi rumah Allah, bersedekah pada jalannya...
Kitab Al-Quran yang sudah lama tidak dijamah oleh mata kita...kita buka dan bacalah dengan nama TuhanMu!
Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba2-Nya...yang menjadi persoalan di sini...sama ada kita sempat atau tidak bertaubat pada-Nya, sebelum kita dipanggil menghadap-Nya.


InsyaALLAH..jika kita bertaubat sekarang..pasti kita sempat :)

Semoga Ramadhan kali ini mampu mentarbiyah jiwa kita yang telah dilalaikan oleh syaitan yang direjam...
Ayuh..penuhi bulan ini dengan amalan-amalan yang pastinya mendapat ganjaran daripada sang Pencipta...


Yakinilah janji TuhanMu...


SK.Masalog, Kota Marudu, Sabah


Tanggal 19hb Jun 2011...pertama kali saya menjejakkan kaki di Kota Marudu, Sabah (padahal sejak lahir saya memang tinggal di Sabah..hehe)
Cuaca..memang agak panas...fuh!! Baru minum...saya rasa haus sudah..haha..(cepat sangat air tersejat :p)
Keesokan harinya...naahhh! kami bersua dengan warga SK.Masalog. Jika dibandingkan dengan sekolah yang kami pergi sebelum ni....murid2 di sekolah ni memang agak ramai lah. Semua murid memandang kami dengan penuh tanda tanya....hurmmm...terasa diri ni jelmaan alien pula (-_-")...

Tapi...biasala tu kan..hehe...kami buat2 berani...
Selepas perhimpunan di tapak perhimpunan...Program kami dilancarkan oleh YDP PIBG SK.Masalog, Puan Jukinah Adun. Puan Jukinah ni orangnya sangat ramah dan suka berkongsi ilmu. Memang respek la sama puan :)...(rindu pula dengar cerita puan tentang adat kaum kadazandusun~)


"To Be The First, To Be The Best, To Be Different"....itulah antara kata2 yang Puan Rosliah (Pensyarah kami) yang saya ingat sehingga kini.... Rasa takut terus meyusup masuk dalam hati ni.
Yalah....untuk menjadi FIRST..yaa..kami memang first batch yang ambik minor Kadazandusun di UPSI...menjadi yang THE BEST..hurmmm...kami akan cuba :)....menjadi DIFFERENT?? woaaa....sampai sekarang saya fikir...macamna saya boleh menjadi DIFFERENT? huhhh...cabaran niii...
Pensyarah saya ni memang...sekali dia sudah berucap...waaa....ayat..terus masuk ke hati. Puitis ayatnya....


Selepas program kami dilancarkan..haaa, bermulalah aktiviti kami bersama murid2 SK.Masalog. Murid2nya..waaa...boleh tahan kenakalannyaaa... ada yang tunjuk muka tidak suka dengan program kami..haiyyy...cabaran oh cabaran~ 
Kami ubah pendekatan.....dan hari berikutnya, nampak yang budak2 ni dah enjoy sikit (hurmm..baru sikit jaa). Tapi kami tetap go on... hehehe

Nasib baiklah semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar dan dapat dilaksanakan. Kami dah cuba sedaya upaya kami...haha...yang lucu tu...masa buat banner untuk sambutan pesta kaamatan. Di sekolah yang kami kunjungi sebelum ni, sediakan banner, jadi kami tidak perlu ribut la buat banner. Haa..di sini..kami diberi mandat buat banner. :)
Waa..baru saya tau kami semua berbakat buat banner :p...hahah...memangla tidak setanding ProfesiOnaL, tapi unsur seninya tetap ada. Macam2 gayalah yang dirakamkan masa proses membuat banner tu. Banner tu siap tidak sampai 24 jam..hoho~ lebih kurang pukul 3 pagi gerak kerja menyiapkan banner dihentikan! (tapi saya surrender awal2 laa....jam 1 pagi saya dah masuk tidooo..zzzz..haha) ~Staring2 dari Hollywood la yang bertahan...congreTs ar <333 ^^,


Ada pelbagai pengalaman yang ditempuh dan diperolehi...:)
Yang pasti semuanya kini tinggal kenangan... haha..masa kami meninggalkan sekolah... murid2 di sana sempat lagi memberi kuntuman bunga kepada kami..haiyyy..! nasib baiklah kawan saya cepat2 menyergah diorang..kalau tidak, habis botak pokok2 bunga di sekolah tu.

"Cikgu I Love Youuuu...!"
"Cikgu...cikgu datang lagi sini bila kami tahun 6 kan?"
"Cikgu...minta nombor telefon.."
"Cikgu....minta fb..."

~huuuu...saya iyakan saja semua kata2 budak2 tuuu...tetiba..aik...mata saya terpandang sesuatu C:
"Cikgu..ni untuk Cikgu"
"Betul ka ni?" buat2 tidak percaya pula..
"yaaa.." sambil tersenyum.

haha...seorang murid tahun 5 yang bernama Adibah menghadiahkan saya Coklat..nyum2~ sedap! heheheh...terima kasih ya! ^^

::Terima kasih...pounsikou SK.Masalog, Kota Marudu, Sabah....maaf untuk semua salah silap kami. Almaklumlah, kami ni golongan muda-mudi yang baru belajar~ 
Jumpa lagi~ <333

Nah, buat tatapan B-)














Siswa-siswi UPSI bergambar bersama Guru-guru & KTBM SK.Masalog...







Friday, August 5, 2011

Menghargai jasa ibu bapa :)

Zaman sekolah yang pasti dirindui...
hehe...ni karangan yang saya pernah buat waktu sekolah menengah duluuu...(uihh..macam lama la pula, padahal macam baru semalam saya pergi sekolah..)
Subjek : Bahasa Melayu
Arahan : Sediakan teks ceramah anda selengkapnya...
Tajuk :Seperti di atas :)

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang berusaha ketua kampung Inanam, Encik Malik Nor, Yang dihormati penduduk-penduduk kampung Inanam serta anak-anak pelajar yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat sejahtera saya ucapkan.

Saya, wakil dari Rumah Warga Tua St.Prichard berasa sangat bertuah kerana dijemput untuk menyampaikan ceramah di kampung ini sempena sambutan Hari Keluarga yang bertajuk "Menghargai Jasa Ibu Bapa".

Tuan-tuan dan puan-puan,
Apabila menyebut tentang jasa ibu dan bapa pasti terbayang-bayang di ruang legar fikiran kita tentang pengorbanan mereka terhadap kita. Sememangnya jasa mereka amat besar dan tidak mampu ditandingi oleh segunung emas mahupun berlian. Hal yang sedemikian, kita sebagai anak harus membalas jasa dan budi mereka. Namun apa yang berlaku sekarang? Semuanya jelas terpampang di skrin televisyen kita apabila iklan mengenai warga tua disiarkan. Iklan itu menceritakan realiti kehidupan ibubapa setelah anak-anak dewasa dan hidup berkeluarga. Ibu bapa mereka yang telah tua itu dihantar ke rumah warga tua. Anak-anak yang menjaga ibu bapa mereka pula, tidak melayan ibu bapa yang telah uzur dengan baik malah membiarkan ibu bapa yang telah tua dan uzur itu makan di meja lain. Perkara yang paling teruk, mereka diberi makan di tempat yang sama dengan kucing. Hina sangatkah ibu bapa mereka itu?

Selain itu, ada anak-anak yang menganggap ibu bapa mereka umpama Quran Buruk yang mahu dibuang tetapi serba salah, mahu disimpan tapi tidak berguna. Lupakah mereka dari mana mereka datang. Sesungguhnya ibu bapalah yang melahirkan kita ke dunia. Setelah kita lahir, kita diasuh dengan sempurna, kita dijaga dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Sampaikan pada satu ketika ibu bapa sanggup berjaga malam semata-mata kerana ingin menjaga kita sewaktu kita sakit.

Hadirin sekalian,
Pernahkah anda semua melihat ibu kucing yang menjaga anak-anaknya? Betapa kasihnya ibu kucing itu pada anak-anaknya.. Sesungguhnya kasih ibu itu membawa ke syurga dan kasih ayah pula tiada sempadan. Ibu bapa mencurahkan kasih sayang mereka kepada kita dan kasihnya mereka terhadap kita tidak pernah pudar malah semakin hari semakin mekar seperti bunga-bunga yang tumbuh di dalam taman. Buktinya, mereka sanggup memenuhi segala karenah kita yang sememangnya pada ketika itu mempunyai sikap ingin tahu, ingin merasa dan ingin memiliki sesuatu benda.

Ibu bapa juga sanggup bekerja keras, membanting tulang memerah keringat untuk memberi nafkah dan memenuhi keperluan kita. Apabila kita melangkah ke alam persekolahan,  cabaran kepada ibu bapa semakin tinggi. Mereka terpaksa bekerja lebih keras lagi kerana ingin membayar yuran sekolah. Oleh itu, kita sebagai anak terutamanya yang masih belajar, haruslah belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa mereka.

Selain itu juga, ibu bapa megajarkan kita tentang adab sopan, moral dan agama sesuai dengan kata-kata yang ada menyatakan "kesopanan dan kesantunan adalah warisan orang Melayu". Ibu bapa juga memberi perlindungan kepada kita. Buktinya, apabila kita menghadapi masalah, ibu bapalah orang pertama yang akan tampil ke depan untuk memberi perlindungan dan sokongan kepada kita. Kasih ibu bapa terhadap anak memang tidak disangsikan lagi, sedangkan ibu harimau boleh menjadi ganas apabila anaknya disakiti, inikan pula ibu bapa kita yang secara fitrahnya menyayangi kita. Sememangnya, kasih sayang, jasa, bakti dan cinta mereka terhadap kita tiada bandingan.

Para Penduduk yang budiman,
Secara keseluruhannya, ibu dan bapa adalah asas dalam sebuah keluarga. Tanpa mereka, siapalah kita. Kita sebagai anak tidak sepatutnya bersikap seperti kacang lupakan kulit. Kita patut membalas dan menghargai jasa ibu bapa kita. Jangan biarkan kata-kata "ibu bapa mampu menjaga ramai anak, tetapi belum tentu anak yang ramai mampu menjaga ibu bapa" menjadi satu tradisi, satu budaya dan satu amalan masyarakat kita. Marilah kita semua hargai ibu bapa kita kerana setiap manusia di dunia ini cuma ada satu ibu bapa sahaja, sekiranya ia hilang, tidak akan wujud penggantinya.

Sekian, terima kasih.




Komen cikgu saya : terlalu panjang bahagian kesimpulan tu...sila ringkaskan!

Hurmmm...mungkin saya terlalu 'menjiwai' soalan ni...jadi saya tulis bersungguh-sungguh. Kalau boleh saya mau tambah lagi...tapi...dah lebih patah perkataan la.
Tapi bila baca balik....haiyy..macam pelik ja teks ceramah saya ni..huhu...
Agak2nya..kalau saya berceramah betul2 depan penduduk kampung...boleh sampai ka mesej tu? hoho~
No One KnoWs...eXcept God ~

Me<---Biarla saya buat salah...sebab saya rasa saya dah buat yang terbaek...hehe!

Lebih Baik Mencuba... daripada Tidak Mencuba Langsung,Jangan Asyik Mengkritik jaaa ><



Buat Renungan...

Jika engkau perlu nikmat dunia,
Cukuplah Islam itu satu nikmat untukMu,

Jika engkau ingin menjadi asyik,
Cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu,

Jika engkau mahukan pengajaran,
Cukuplah alam barzakh itu sebagai pengajaran,

Siapa yang menuntut ilmu,
Bererti dia mencari syurga,

Siapa yang membuat dosa,
Bererti dia mencari neraka,

Barangsiapa yang tiada adab,
Bererti dia tiada ilmu,

Barangsiapa tiada kesabaran,
Bererti dia tiada agama,

Dan barangsiapa yang ada sifat warak,
Bererti dia dekat dengan TuhanMu.......



~Cintailah TuhanMu~

ICT dari Kacamata seOrang PeLajaR

Kacamata? Aik...??haha...sejak bila saya berkacamata :p
hehehehe...konTroVersi sudah nii..(gurau jaaa..)

Seperti biasa..saya suka merajinkan diri untuk menyusun buku2 lama yang dah x guna lagiii...
Tetiba...(suspen2~)
saya terrrjumpaa..buku karangan saya masa tingkatan 5. Waaa...(><)
Muka surat pertama- Huraikan Faedah-faedah yang anda perOleh dengan menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Anak mata ni turun ke baris seterusnya...

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), amat penting dalam kehidupan pada masa ini kerana dengan kemahiran ini, negara kita akan maju dan mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju seperti Jepun dan lain-lain lagi. Tidaklah kita seperti Mat Jenin yang masih membuang masa berangan-angan ingin kaya sedangkan orang lain sudah berjaya.


Waah..intro yang agak mencabar!! sebab..ayat pertama saya panjang gilaaaa...waduh! Kalau mengaji ni..lebih kurang 6 harakat la juga..huhu~
K...sambung balikkk...

Sememangnya, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sangat penting dalam kehidupan kita kerana ianya membawa banyak faedah dan manfaat yang berguna. Hal ini demikian kerana, apabila kita mahir dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kita akan berpeluang untuk menimba ilmu dan pengetahuan di seantero dunia. Bukan itu sahaja, kita juga akan dihormati kerana bukan semua orang bertuah untuk mempelajari keajaiban teknologi maklumat ini.


Selain itu, kita juga dapat berkenalan dengan ramai kawan di seluruh dunia tidak kira bangsa, agama dan budaya. Hal ini secara tidak langsung memutuskan jurang yang selama ini menjadi benteng pemisah kepada kita semua. Kita semua dapat menjalin persahabatan, membina ukhwah yang mencetuskan hubungan silaturrahim yang kukuh yang membawa kepada keharmonian, serta kesejahteraan hidup. Kita juga dapat ilmu atau pendedahan tentang amalan dan cara hidup di negara mereka. Tidaklah kita menjadi "seperti katak di bawah tempurung".


Selain itu juga, dengan kemahiran ICT kita boleh menyimpan maklumat dan data-data penting di dalam komputer. Hal ini demikian kerana, data-data dan maklumat penting yang disimpan dalam komputer akan disimpan sebagai dokumen penting yang tidak boleh dibuka sesuka hati. Kita perlukan kod rahsia untuk membukanya, dan yang lebih istimewa sistem ini terjamin keselamatannya dan maklumat yang kita simpan di dalam komputer tidak akan diganggu.


Kemahiran ICT juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan seperti pereka grafik komputer, pengatur cara komputer dan banyak lagi. Di samping mewujudkan banyak peluang pekerjaan, kemahiran ICT dapat menjadi sumber ekonomi yang baik, contohnya orang paling kaya di dunia iaitu Bill Gates. Beliau menjadi terkenal kerana berjaya membuat sejarah baru dalam dunia teknologi maklumat. Beliau telah mencipta satu perisian komputer yang hebat. Pada mulanya beliau gagal,namun atas keyakinan dan kegigihan yang tidak pernah pudar, beliau telah berjaya. Bak kata pepatah " genggam bara api, biar sampai jadi arang".


Tuntasnya, kemahiran ICT membawa satu keajaiban dalam dunia pada masa kini. Sesungguhnya kejayaan para pencipta teknologi maklumat telah menjadikan dunia pada zaman ini seperti di hujung jari dan tidak seperti di zaman batu. Masyarakat pada ketika itu terpaksa menggunakan burung merpati untuk menghantar surat. Namun semua itu sudah berubah sekarang. Ledakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadikan dunia yang luas ini seperti di hujung jari dan semua orang boleh berhubung tidak kira di mana jua berada. Benarlah kata orang yang menyatakan "Dunia Kini Tanpa Sempadan".




~haaa....demikianlah karangan yang saya pernah tulis semasa berada di sekolah menengah...nasib baiklah isi dan huraian "ok"..hi3...walaupun terdapat sedikit kesalahan.


Cikgu kata" tak apa...masih boleh belajar lagi"..
Oh...terima kasih Cikgu! Saya memang suka belajar ~



Monday, August 1, 2011

Rapuh

Lagu Rapuh by Opick ^^

Detik waktu terus berjalan...
Berhias gelap dan terang...
Suka dan duka...
Tangis dan tawa...
Tergores bagai lukisan...


Seribu mimpi, berjuta sepi...
Hadir bagai teman sejati...
Di antara lelahnya jiwa...
Dalam resah dan air mata...
Ku persembahkan kepadaMu...
Yang terindah dalam hidupku...


Meskiku rapuh dalam langkah...
Kadang tak setia kepada-Mu...
Namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu...
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu...
Dalam dada ku harap hanya diri-Mu yang bertakhta...






Kenapa Kucing????

@_@ meoW...meOw...

~Patung permainan kucing..meOw <3
~Lagu pertama yang saya belajar nyanyi... lagu kucing..meOw <3
~Haiwan peliharaan pertama pun kucing juga...meOw <3

Semualah pasal kucing....hahahah...

Ni dia lirik lagu Kucing yang saya selalu nyanyi waktu kecik-kecik duluu (sekarang pun masih kecik lagi sebenarnya...he3)

Saya ada kucing ekornya panjang...
Bulu warna Putih cantik berbelang...
Bila saya panggil dia pun datang...
Tersangat manjanya...
Saya pun sayang...
Saya beri makan, nasi campur ikan...
Dia minum susu...riang sekali..
Jaga waktu malam..tidur waktu siang...
Bulu putih susu..saya pun sayang... :)

Ntah..siapala yang cipta lagu ni..tapi seingat saya....lagu ni selalu berkumandang di rumah waktu saya kecik-kecik duluuu....(bukan radio ah..tapi Vokal saya sendiri~)
ha..haa..haaa (ketawa gembira..)

Sifat saya pun sikit2 macam kucing juga (Pengakuan ekslusif!!)
....Ops!!!bukan yang ituuuu..tapi yang iniiii-------> Malu-malu kucing :D
hehe...(terpulang, mau percaya atau tidak ya ^^)

Seorang murid mengajukan soalan cepumas kepada saya...
"Cikgu...kenapa cikgu benci anjing?"
Aduh...saya tidak pernah membenci anjing....anjing juga ciptaan Tuhan..dan saya diajar sejak kecil lagi tidak boleh membenci ciptaan Tuhan..
huh! mencari akal bagaimana menjawab soalan ni!
akhirnya dapat idea....otak ku berkelip2 seperti mentoL menyala...=P
"..cikgu tidak benci anjing...tapi cikgu takut, sebab waktu kecik cikgu pernah digigit.."

Ok!!! Stop di sini sajaaa...hehehe...nanti makin banyak secret saya terdedah...hi3 (Rahsialaa sangattt...)



Sebut pasal rahsia...teringat satu kata-kata ni... " Tiga Orang Boleh Menyimpan Rahsia Apabila Dua Orang Meninggal Dunia "

Haa...jadi apabila kita mempunyai rahsia..jagalah sebaik mungkin. Apabila kawan anda mempunyai rahsia..& anda tahuuu...jagalah rahsia itu dengan amanah.! Memang susah..tapi cuba =)

Syusssshhh~




SK.Guakon Baru, Tamparuli, Sabah

Perkadus memulakan pengembaraan di SK.Guakon, Tamparuli, Sabah pada 22 Mei 2011 dengan satu hasrat yang murni..untuk menjalankan Program Memartabatkan Bahasa dan Budaya Kadazandusun..atau dalam bahasa Kadazandusun "Popogirot om Popoingkakat Boros om Budaya Kadazandusun"


Program ini mengangkat Bahasa Kadazandusun Warisan Kita sebagai temanya..."Boros Tokou Tungkus Tokou" dalam bahasa Kadazandusun :)


Gunung Kinabalu tersergam indah...betul-betul depan sekolah ni saja....^^

Tidak hairanlah....kawasan ni sejuk...huhu..tapi best..sebab awal2 pagi...selepas subuh..fuyOooh!! pemandangannya cantik. Waktu senja lagi laa...pemandangan lagi mantap =)
Rindu pula mau balik sana..hurmmm :'(

Cukup!! hoho~ emosi pula tetiba..
Banyak aktiviti yang kami buat dengan murid2 SK.Guakon. Aktiviti tu semua melibatkan 41 orang murid..dari tadika hinggalah tahun 6. Meskipun dorang sikit...tapi nakal boleh tahan. Biarpun nakal...tapi pintar2 semua...(itu yang saya suka tuuu)

Mulanya..memang penat melayan kerenah budak2 tuuu.....tapi, lama2...saya suka pula..hehe!
Dengan budak2...rasa macam semua masalah terbang..hilang....lesap! Alam kanak-kanak memang menyeronokkan ^^

Antara aktiviti yang kami jalankan di SK.Guakon....slot Huminodun oleh Gundohing2 Perkadus yang meletOpsss...pastu...slot Huguan siou special mantad Puan Rosliah, pensyarah kami ^^, slot Tukadan oleh Beatrice, slot Sundait oleh Qahar dan banyak lagi laa....(saya pun lupa2 ingat sudah...huhuuu)


Puan Rosliah menyampaikan slot Huguan Siou...



Waktu sambutan pesta kaamatan, waa...nervous jugala..ha3....
ni first time (speaking sudah kunun..) kami urus majlis ni. Saya memang...tidak pakar dalam bidang2 macam ni..kalau Perhimpunan Sekolah...waaa...itu saya bulih lagi..hehehe


Yang datang tu bukan calang2....tapi YB bha...adeiii..tambah la takut..
Tapi....hidup perlu diteruskan!..sama ada ok / ko...itu belakang cerita laa..yang penting...buat ja apa yang mampu. C:


Syukur kepada Tuhan....kerana akhirnya semua berjalan Lancar^^...(memang tiada yang Mustahil di dunia ni) =)


Kenangan yang tidak mungkin kami lupakan di SK.Guakon...guru2nya yang peramah <3 staff @ KTBM yang baik hati <3 Penolong Kanan yang Berdedikasi <3 Guru Besar yang hebat kata2nya (saya suka dengar ni...) <3Murid-murid yang pandai & aktif <3 Ibubapa yang spoRting ^^


Terima kasih SK.Guakon...sudi menerima kunjungan kami...semoga berjumpa lagi <3





Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Terima kasih...pounsikou...thank You... <3 ^^