Assalamualaikum

Apapun Bentuk Kehidupan yang Anda Hadapi...
Berikan Diri Anda yang Terbaik Setiap Hari...

Friday, August 5, 2011

ICT dari Kacamata seOrang PeLajaR

Kacamata? Aik...??haha...sejak bila saya berkacamata :p
hehehehe...konTroVersi sudah nii..(gurau jaaa..)

Seperti biasa..saya suka merajinkan diri untuk menyusun buku2 lama yang dah x guna lagiii...
Tetiba...(suspen2~)
saya terrrjumpaa..buku karangan saya masa tingkatan 5. Waaa...(><)
Muka surat pertama- Huraikan Faedah-faedah yang anda perOleh dengan menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Anak mata ni turun ke baris seterusnya...

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), amat penting dalam kehidupan pada masa ini kerana dengan kemahiran ini, negara kita akan maju dan mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju seperti Jepun dan lain-lain lagi. Tidaklah kita seperti Mat Jenin yang masih membuang masa berangan-angan ingin kaya sedangkan orang lain sudah berjaya.


Waah..intro yang agak mencabar!! sebab..ayat pertama saya panjang gilaaaa...waduh! Kalau mengaji ni..lebih kurang 6 harakat la juga..huhu~
K...sambung balikkk...

Sememangnya, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sangat penting dalam kehidupan kita kerana ianya membawa banyak faedah dan manfaat yang berguna. Hal ini demikian kerana, apabila kita mahir dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kita akan berpeluang untuk menimba ilmu dan pengetahuan di seantero dunia. Bukan itu sahaja, kita juga akan dihormati kerana bukan semua orang bertuah untuk mempelajari keajaiban teknologi maklumat ini.


Selain itu, kita juga dapat berkenalan dengan ramai kawan di seluruh dunia tidak kira bangsa, agama dan budaya. Hal ini secara tidak langsung memutuskan jurang yang selama ini menjadi benteng pemisah kepada kita semua. Kita semua dapat menjalin persahabatan, membina ukhwah yang mencetuskan hubungan silaturrahim yang kukuh yang membawa kepada keharmonian, serta kesejahteraan hidup. Kita juga dapat ilmu atau pendedahan tentang amalan dan cara hidup di negara mereka. Tidaklah kita menjadi "seperti katak di bawah tempurung".


Selain itu juga, dengan kemahiran ICT kita boleh menyimpan maklumat dan data-data penting di dalam komputer. Hal ini demikian kerana, data-data dan maklumat penting yang disimpan dalam komputer akan disimpan sebagai dokumen penting yang tidak boleh dibuka sesuka hati. Kita perlukan kod rahsia untuk membukanya, dan yang lebih istimewa sistem ini terjamin keselamatannya dan maklumat yang kita simpan di dalam komputer tidak akan diganggu.


Kemahiran ICT juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan seperti pereka grafik komputer, pengatur cara komputer dan banyak lagi. Di samping mewujudkan banyak peluang pekerjaan, kemahiran ICT dapat menjadi sumber ekonomi yang baik, contohnya orang paling kaya di dunia iaitu Bill Gates. Beliau menjadi terkenal kerana berjaya membuat sejarah baru dalam dunia teknologi maklumat. Beliau telah mencipta satu perisian komputer yang hebat. Pada mulanya beliau gagal,namun atas keyakinan dan kegigihan yang tidak pernah pudar, beliau telah berjaya. Bak kata pepatah " genggam bara api, biar sampai jadi arang".


Tuntasnya, kemahiran ICT membawa satu keajaiban dalam dunia pada masa kini. Sesungguhnya kejayaan para pencipta teknologi maklumat telah menjadikan dunia pada zaman ini seperti di hujung jari dan tidak seperti di zaman batu. Masyarakat pada ketika itu terpaksa menggunakan burung merpati untuk menghantar surat. Namun semua itu sudah berubah sekarang. Ledakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadikan dunia yang luas ini seperti di hujung jari dan semua orang boleh berhubung tidak kira di mana jua berada. Benarlah kata orang yang menyatakan "Dunia Kini Tanpa Sempadan".




~haaa....demikianlah karangan yang saya pernah tulis semasa berada di sekolah menengah...nasib baiklah isi dan huraian "ok"..hi3...walaupun terdapat sedikit kesalahan.


Cikgu kata" tak apa...masih boleh belajar lagi"..
Oh...terima kasih Cikgu! Saya memang suka belajar ~



No comments:

Post a Comment